Buah Kurma

Beberapa kotak kecil Buah Kurma sudah diagihkan di DUN-DUN, untuk setiap seorang Ketua Cawangan yang terpilih sahaja.

Tetapi hari ini telah menimbulkan tanda tanya di benak fikiran orang-orang Kampung yang tidak menerima sumbangan ini termasuk juga Ketua Cawangan sendiri yang tidak terpilih.

Haiii… takkan nak bagi Buah Kurma untuk berbuka Puasa pun nak pilih-pilih bulu pula, macam mana lah nak jadi pemimpin kalau macam ni…??

Islam mewajibkan pemimpin supaya bersikap adil dalam semua keadaan. Ini menunjukkan keadilan Islam bukannya satu teori di awangan yang tidak berpijak di alam nyata, tetapi ia adalah perintah Allah yang dilafazkan dengan ayat al-Quran. Antara perintah Allah adalah dalam surah al-Maidah ayat 8;

1

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Allah menegaskan lagi dalam surah an-Nahl ayat 90;

2

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.”

Nabi Muhammad s.a.w menyatakan;

“Setiap orang di kalangan kamu menjadi penjaga dan orang disoal berkenaan jagaannya. Pemimpin negara adalah penjaga rakyatnya, dia disoal berkenaan rakyatnya. Suami penjaga keluarganya, dia disoal berkenaan tanggungjawabnya. Isteri adalah penjaga rumahtangga, dia disoal berkenaan urusannya. Khadam adalah penjaga harta majikannya, dia disoal berkenaan tugasnya. Anak adalah penjaga harta peninggalan ibu bapanya, dia juga disoal berkenaan pengendaliannya.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s