Page Selamatkan UMNO Pasir Mas sedang rancak menggembar gemburkan suasana pemilihan dalam UMNO Bahagian. Beberapa hari yang lalu, Page Selamatkan UMNO Pasir Mas telah keluarkan pelbagai cerita dogengnya sehingga menuduh seseorang sebagai pengkhianat kepada Parti.
Apa tujuan Page Selamatkan UMNO Pasir Mas ini diwujudkan, nak selamatkan UMNO Pasir Mas? Nak selamatkan daripada siapa?
Yang mengkhianati UMNO Pasir Mas, adakah Datuk Sri Mustapha Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan atau Dato’ Hj. Hanafi Mamat, Calon DUN Tendong merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas?

Datuk Sri Mustapha Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, dalam majlis di rumah Dato’ Hj. Hanafi Mamat semasa berkempen pada PRU yang lepas.
Gambar diatas menunjukkan bahawa mereka bersekongkol bersama Calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Hj. Ibrahim Ali ketika tempoh berkempen pada Pilihanraya yang lepas dan ketika itu, Datuk Sri Mustapha Mohamed sedang memberi ucapan dihadapan tetamu yang hadir.
Majlis ini diadakan dirumah Dato’ Hj. Hanafi Mamat, Ketua Bahagian Pasir Mas yang juga calon DUN Tendong. Turut hadir bersama, Tuan Anuwar Tuan Mat, calon DUN Pengkalan Pasir, Aimi Jusoh, calon DUN Chetok.
Sebahagian komen-komen daripada pembaca blog;
Che Johan Che Pa mengambil keputusan tarik diri bagi memastikan Pas tewas di kerusi tersebut dan membantu BN mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Perancangan ini semua Datuk Sri Mustapha Mohamed dan Dato’ Hj. Hanafi Mamat, tahu cerita yang sebenar. Siapa sebenarnya pengkhianat dalam UMNO Pasir Mas?
Related articles
- 1BN Plan: UMNO-BN must change to remain relevant, say Najib and Deputy (dinmerican.wordpress.com)
- 1BN proposal: Umno too gone in the tooth to change (hornbillunleashed.wordpress.com)
- Muhyiddin-Zahid combo emerges to seize the day in Umno: But can they win over Mahathir? (hornbillunleashed.wordpress.com)
- Malaysia’s GE13: What happened, what now? (part 1) (asiapacific.anu.edu.au)
- Good riddance Ibrahim Ali, mass comm grad (uppercaise.wordpress.com)
- The BN brains who screwed it up (uppercaise.wordpress.com)
- ‘BN Government is umbrella for all Malaysians’, says PM Najib (dinmerican.wordpress.com)
- Malaysian Exceptionalism (dinmerican.wordpress.com)
- Then they came for Adam Adli (asiapacific.anu.edu.au)
- Those who erase Umno are ‘traitors’, says Perkasa (hornbillunleashed.wordpress.com)
Abe Johan cool,tadok kato gapo pn.tp bakal calon sore lg tu nyetok karung bilo tau namo
xnaik.nok jd calon guano kalu skoloh skat srp jah.