GTPM

Sekian lama anak muda menjauhkan diri dari politik, tidak berminat dengan politik termasuk UMNO kerana pada pandangan mereka ianya telah diatur dan kebijaksanaan mereka takkan di nilai dan dihargai.

Politik UMNO hanyalah untuk orang lama yang mencaturkan segala proses dan halatuju organieasinya. Ianya dianggap bukanlah satu tempat untuk anak muda menyumbang tenaga, kepakaran dan ilmu bagi sama-sama berjuang kearah memartabatkan ketamadunan budaya bangsa.

Kebanyakan organisasi politik UMNO di Bahagian termasuk Bahagian Pasir Mas hanyalah tempat untuk diwarisi orang muda yang berkedudukan kewangan yang kukuh walaupun tidak berilmu dan tidak berkemampuan, tempat dalam UMNO bukan lagi untuk mereka yang berilmu menawar diri. Bukan lagi tempat untuk anak muda yang berkebolehan.

Syarat utama yang di tanya di peringkat Bahagian adalah berapa kukuh kedudukan kewangan seseorang anak muda tersebut dan kemampuan beliau memberi sumbangan terhadap perwakilan secara individu tanpa menilai ketokohan.

Mentaliti inilah yang menjadi penyumbang kepada anak-anak muda yang berkemampuan dan baru nak berjinak dengan UMNO menjauhkan diri. Fenomena ini mestilah kita ubah dan transformasikan seiring dengan Gerakan Transformasi UMNO Bahagian Pasir Mas.

Sudah sampai masanya kita pimpinan UMNO Pasir Mas membuka peluang dan ruang yang seluas-luasnya kepada anak-anak muda yang berkebolehan bagi bersama gerakan ini bagi memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Cabaran yang kita hadapi dewasa ini bukanlah mudah tanpa penglibatan generasi muda ini janganlah diharap negara kita akan terus maju dan majmuk.

Pewarisan kuasa yang kita miliki ini wajiblah kita serahkan ke tangan dan bahu yang betul agar ianya dapat di teruskan secara sempurna dan tampil pewaris yang bakal kita pilih mestilah berasakan politik berilmu dan bukanlah diasaskan fitnah. Kita juga wajib menolak budaya politik ampu walaupun diasaskan atas nama menyelamatkan UMNO Pasir Mas. Budaya ampu inilah yang menjadi bukti kejatuhan sesuatu bangsa sejak zaman berzaman.

Kita menyanjung dan menghargai setiap pemimpin-pemimpin yang pernah menyumbang dan berkhidmat untuk UMNO Bahagian Pasir Mas samada yang terdahulu dan terkini, samada yang sebelum merdeka, sejak panubuhan UMNO Bahagian Pasir Mas dari 1947 hingga kini tidak sekali-kali kita nafikan segala sumbangan dan jasa mereka ini, jutaan terima kasih diucapkan dan Al-Fatihah kepada yang telah meninggalkan kita.

Bersama Gerakan Transformasi ini, wadah yang ingin kita sampaikan adalah perjuangan kita dalam mendepani hari mendatang yang penuh cabaran tidak mungkinkah dasar dan cara pemimpin kita pada masa kini masih relevan dengan kehendak anak-anak muda yang dijangka layak mengundi bertambah sebanyak 20 ribu pengundi pada PRU-14 nanti di Parlimen Pasir Mas?

Apakah cara yang diamalkan pemimpin tertinggi bahagian sekarang ini termasuk pemilihan pemimpin pelapis mampu menawan hati mereka, ataukah menjauhkan lagi mereka dari kita? Adakah kita bakal memilih kepimpinan ataupun memilih rakan kongsi yang dinilai berasakan wang ringgit, mungkin ada di golongan kita yang mendabik dada seperti pahlawan untuk menyelamatkan UMNO Bahagian tetapi terbukti memperjuangkan budaya ampu yang amat dibenci golongan muda.

UMNO

Mungkin juga golongan bawahan dan anak muda yang bakal kita dekati nanti mendambakan pilihan yang lebih terbuka. Mungkinkah mereka amat memerlukan sentuhan baru, atau mungkin memerlukan satu comeback dari pemimpin-pemimpin yang terdahulu untuk benar-benar menyelamatkan kita.

Gerakan Transformasi yang dicetuskan dan semakin mendapat perhatian oleh golongan bawahan serta anak muda Pasir Mas pada masa kini bukanlah satu gerakan menjatuhkan mana-mana pemimpin dalam Bahagian tetapi transformasi perlu dilakukan bagi menyuburkan dan memantapkan organisasi kita walaupun dalam proses ini.

Kita terpaksa menukar pemimpin yang sediada tetapi percayalah mereka tidak akan dipinggirkan, mereka tetap diperlukan tetapi mungkin dalam bentuk peranan yang berbeza. Kita menekankan elemen perpaduan dan penyatuan bagi terus memperkuatkan organisasi.

Pemimpin yang terdahulu ini tetap dijadikan suara keramat dalam organisasi. Dalam proses transformasi ini, kita bukanlah memerlukan seorang ketua ataupun wakil tetapi kita memerlukan seorang pejuang tulen yang telah terbukti sebelum ini bersama barisan yang mampu membawa halatuju perjuangan agar terus relevan dan diterima.

Pemimpin muda haruslah dipilih dari golongan yang berilmu dan berkebolehan bagi mempastikan pewarisan dapat dilakukan secara berhemah. Hanya rakyat Pasir Mas yang tahu. Waallahualam…

Advertisements

One response »

  1. manan says:

    Good ideas…..put t right person at t right place……small minds speak about self..average mind speaks about events….great minds speak about vissions…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s