UMNO

Pemimpin UMNO dulu memang cukup hebat, hebat kerana mereka berjuang habis-habisan demi nama Islam dan bangsa Melayu. Kerana UMNO lah juga lahirnya orang Melayu ataupun keturunan Melayu itu maka Islam agamanya.

Itu perjuangan pemimpin UMNO terdahulu dalam memartabatkan Islam dan juga Melayu. Pemimpin UMNO hari ini?

Cakap-cakap ramai orang terutamanya politik kedai kopi lebih kepada perihal orang UMNO yang masuk UMNO demi meraih projek dan jawatan. Tidak lagi seperti pemimpin UMNO terdahulu yang menyertai UMNO demi membela Islam dan Melayu.

Bukan sahaja orang Tua yang bercakap perihal ini malah diwaktu ini juga ramai anak muda muak dengan sikap orang UMNO yang kejar projek berbanding membela Islam dan Melayu. Relevan lagi kah parti UMNO ini untuk menjadi dahan buat orang Melayu berpahut?

Saya katakan UMNO sememangnya Relevan yang tidak relevan adalah parasit didalam parti yang merosakan imej parti dengan sikap ego dan hipokrit mereka. UMNO adalah sebuah parti dan pemimpinya datang dan pergi.

Gugurnya pemimpin maka lahir lah pemimpin baru bagi mnggalas tugas yang menjadi amanah buat orang Melayu namun waktu ini amat sedikit pemimpin UMNO yang benar-benar membela Melayu. Pemimpin UMNO yang ada perlu kembali kepada landasan perjuangan yang sebenar.

Perlu kembali kepada asas perjuangan iaitu Islam dan Melayu dan bukannya mahu menjadi jaguh kepada bangsa lain berbanding bangsa Melayu sendiri.

Kembali kepada pekara pokok iaitu Melayu itu keutamaannya. Apakah pemimpin UMNO lupa bahawa duduk mereka dikerusi empok adalah kerana ehsan orang Melayu sendiri?

Keputusan Pilihanraya ke-13 lalu menyaksikan UMNO kekal berkuasa kerana undi dari orang Melayu dan juga Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Bagaimana Pilihanraya ke-14 kelak jika undi Melayu tidak pergi kepada UMNO? Berubahlah sebelum rebah wahai pemimpin UMNO yang masih lagi selesa dengan watak bongkak dan sombong seperti yang ada pada hari ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s