Pusat&Negeri

Kerajaan Pusat berjanji akan terus memberi kerjasama kepada kepemimpinan baharu kerajaan Pas Kelantan dalam usaha memajukan negeri ini terutama keperluan infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak telah terjalin sebelum ini, namun kehendak rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mahukan hubungan itu dipertingkatkan lagi.

“Insya-Allah, ini merupakan kehendak akar umbi. Saya setelah berjumpa beberapa pihak, saya sendiri berhasrat supaya ditingkatkan kerjasama itu.

“Sebelum ini ada kerjasama bukan tiada, ia sudah ada cuma hasrat akar umbi supaya ditingkatkan lagi, insya Allah saya akan tunaikan hasrat yang datang daripada akar umbi, titah tuanku sendiri mengenai kerjasama maka jelas kita perlu bekerjasama,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) Kelantan Ke-13 di sini hari ini.

– Utusan Malaysia

Advertisements

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s