NapiBaru-baru ini telah diadakan satu majlis di sebuah Restoran lebuhraya Salor Kota Bharu-Pasir Mas bagi meraikan jentera kanan BN PRU ke-13 dan telah diagihkan sejumlah RM…

Kalau ini yang berlaku memang terbukti Dato’ Hanafi Mamat bukan kedekut. Sebelum ini beliau telah agihankan untuk Ketua-ketua Cawangan, selepas itu Ketua-ketua sayap pula dan sekarang Jentera kanan pula.

Dato’ Pi tidak pernah kedekut dalam mempastikan Jawatan Ketua Bahagian dapat dikekalkan. Beliau akan guna dengan apa cara sekalipun demi untuk pempertahankan Jawatan Ketua Bahagian bagi musim ini pada pemilihan yang akan datang.

Ternyata peruntukan daripada Barisan Nasional pusat untuk persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, beliau tidak digunakan sepenuhnya dan menyimpan untuk menghadapi pemilihan UMNO dalam Bahagian.

Terdahulu semasa dalam proses persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, peruntukan MAYA yang berjumlah RM1 Juta untuk dibahagikan kepada 3 DUN, tetapi Dato’ Pi hanya bahagi RM60 Ribu kepada DUN Pengkalan Pasir dan RM60 Ribu kepada DUN Chetok, peruntukan yang selebihnya Admin tidak pasti dimana beliau membelanjakannya.

Hari ini Dato’ Pi, telah membelanjakan sebahagian duit kepada Ketua-ketua Cawangan, Ketua-ketua Pemuda Cawangan, Perwakilan Cawangan ketiga-tiga DUN dalam Bahagian Pasir Mas. Beliau menggunakan peruntukan dari sumber mana Admin tidak pasti, yang pasti dan ternyata kini beliau telah membeli Jawatan Ketua Bahagian.

Kenapa Dato’ Pi, tidak membelanjakan habis-habisan semasa proses Pilihanraya Umum ke-13 yang lepas? Jikalau beliau membelanjakan segala peruntukan yang ada, tidak mustahil UMNO boleh menyumbangkan kemenangan kepada Barisan Nasional di Parlimen Pasir Mas dan bukan menerima kekalahan.

Untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional di Parlimen Pasir Mas pada Pilihanraya Umum ke-14 yang akan datang dan kita berjuang bukan kerana keperibadian tetapi kita mencari peluang untuk kita membela rakyat Pasir Mas.

Nurkilan Sahabat Facebook;

Gerakan Transformasi Pasir Mas adalah proses untuk perubahan dan anjakan daripada tahap semasa kepada keadaan yang lebih baik. Transformasi harus dilakukan dengan wajah, sikap dan pemikiran, kepimpinan dan kemampuan yang berbeza daripada sedia ada. Kemampuan, sikap dan pemikiran perlu diubah sebelum transformasi berlaku. Sukar untuk melakukan transformasi jika orang yang sama kerana hanya itu sahaja tahap kemampuannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s