kelate fa1

Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa selama sehari pada 30 Jun ini bagi memastikan peminat bola sepak di negeri itu selamat kembali selepas menonton perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu setelah mengambil kira cuti berkenaan tidak akan menjejaskan operasi pentadbiran kerajaan dan swasta di Kelantan.

“Kita membuat keputusan untuk memberi cuti peristiwa pada 30 Jun bagi memberi peluang kepada rakyat di negeri ini yang pergi ke Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada pasukan negeri untuk pulang dengan selesa dan tenang.

“Setakat ini tidak ada rungutan (cuti peristiwa akan menjejaskan operasi harian), lagipun bukan selalu, cuma setahun sekali sahaja,” katanya kepada pemberita, selepas mesyuarat itu di sini.

Pertemuan Kelantan dan Johor DT itu dijadualkan bermula pukul 8.45 malam pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kelantan merupakan juara bertahan dan ini adalah kali ketiga pasukan ‘The Red Warriors’ melangkah ke peringkat akhir Piala FA dalam tempoh empat tahun.

– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s