Napi2Hebat betul Dato’ Hj. Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas telah mendahului Bahagian-bahagian lain dalam Negeri Kelantan dengan membuat satu deklarasi barisan baru untuk membawa perubahan UMNO Bahagian Pasir Mas.

Percaturan barisan kepimpinan untuk memimpin dalam UMNO Bahagian pada pemilihan akan datang telahpun dibuat, barisan utama yang terdiri daripada;

  1. Ketua Bahagian: Dato’ Hj. Hanafi Mamat (Kekal).
  2. Timb. Ketua Bahagian: Dato’ Hj. Ahmad Rosdi Mahmad (Muka Baru).
  3. Naib Ketua Bahagian: Sdr. Aimi Jusoh (Muka Baru).
  4. Ketua Pemuda Bahagian: Sdr. Asmawi (Muka Baru)(Anak Saudara Dato’ Hanafi).
  5. Ketua Wanita Bahagian: Hjh. Rita Sarbanom Ismail (Kekal).
  6. Ketua Puteri Bahagian: Pn. Yusnisamira Hashim (Kekal).

Percaturan ini mengekalkan Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Puteri, menaikkan Anak Saudara beliau sebagai Ketua Pemuda Bahagian, mereka ini adalah daripada Cawangan Padang To’ La. Inilah yang mengatakan 1 Cawangan mengguasai 1 Bahagian. Dan mereka ini adalah daripada keluarga Dato’ Hj. Hanafi.

Munkin beliau ingin menjadikan UMNO Pasir Mas, seperti harta pusaka untuk membolehkan keluarga beliau mewarisinya dimasa-masa hadapan.

Hari ini beliau telah menabur wang untuk membeli jawatan, munkin beliau menggunakan wang peruntukkan PRU-13 yang lepas.

Malam tadi pula, semua Pengerusi JKKKP dan Ketua Cawangan dalam DUN Chetok telah dipanggil ke rumah Sdr. Aimi Jusoh, diberi ceramah supaya Pengerusi JKKKP dan Ketua Cawangan mengekalkan sokongan terhadapnya dengan sepenuh hati dan juga tidak meninggalkan beliau sebagai Ketua Bahagian.

Baru sebulan Pilihanraya Umum ke-13 berlalu, semasa tempoh berkempen, Dato’ Hj. Hanafi Mamat, sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas dan Parlimen Pasir Mas mempunyai 3 DUN, iaitu N.11 Tendong, N.12 Pengkalan Pasir dan N.13 Chetok.

Disepanjang penggal beliau memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian, beliau hanya memberi tumpuan 100% dalam DUN Tendong, dalam sebulan sekali nak tengok beliau turun ke DUN Pengakalan Pasir dan Chetok memang susah, beliau langsung tidak memperdulikan apa nak jadi dengan kedua-dua DUN. Ada yang mengata, tidak lagi UMNO Bahagian Pasir Mas, kini UMNO Bahagian Tendong.

Pada PRU-13, beliau telah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong berlawan dengan Calon Rozi Muhamad daripada Parti PAS, tetapi beliau ditewaskan kepada budak hingusan dengan majoriti 978 undi.

KPRU

DUN Tendong adalah DUN harapan untuk memberi kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional, sedangkan dalam pada masa yang sama, Pengundi Pas sendiri tidak boleh menerima calon budak hingusan, Dato’ Hj. Hanafi Mamat tetap tidak boleh memenangkan.

Dato' Hj. Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas.

Dato’ Hj. Hanafi Mamat, mahu kekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas.

Apabila beliau mahu mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian pada pemilihan yang akan datang, beliau sanggup beli Pengerusi JKKKP dan Ketua Cawangan. PRU-13 yang lepas tidak pula beliau membelanjakan wang peruntukkan Pilihanraya?

Ada yang mengatakan wang peruntukan Pilihanraya ke-13, beliau membelanjakan hanya 1/3 sahaja, yang selebihnya beliau simpan untuk digunakan pada musim Pemilihan Bahagian yang akan datang.

Sepanjang beliau menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian, beliau tidak berhasrat untuk memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya, beliau hanya mahu memenangi beliau sahaja, sikap pentingkan diri sendiri dan mahu mengekalkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian bukan untuk Pilihanraya.

Jika betul maklumat ini, adakah Dato’ Hj. Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas masih releven untuk membawa perubahan dan memberi kemenangan dalam PRU-14 yang akan datang kepada Barisan Nasional Parlimen Pasir Mas?

Advertisements

One response »

  1. Nampaknya pendek umur Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas..Kahkahkah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s