Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinGenerasi muda perlu diberi peluang seluas-luasnya untuk bertanding di peringkat pemilihan cawangan dan bahagian demi kelangsungan perjuangan parti UMNO, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, UMNO perlu melalui satu proses transformasi untuk menjadikan ia sebuah parti yang lebih inklusif.

“UMNO di peringkat cawangan akan lalui mesyuarat masing-masing bulan depan, saya harap dalam pemilihan kali ini ada kesedaran dalam kalangan pemimpin UMNO untuk memberi peluang kepada anak-anak muda dan anggotah baharu untuk bertanding,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di sini hari ini.

Mengenai cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada perhimpunan agung parti itu Oktober ini, Hishammuddin menyokong seratus peratus apa jua pendekatan yang dilakukan bagi memastikan UMNO terus kuat.

“Daripada peringkat atas saya percaya akhirnya perwakilan kita menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin sama ada ia akan bawa manfaat kepada parti atau tidak.

“Sekiranya itu merupakan asas kepada usaha bahawa jawatan tertentu tak ditandingi dan itu menyebabkan parti (UMNO) terus kuat, saya menyokong apa jua bagi melihat parti UMNO terus berada di hadapan,” katanya.

– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s